[Video] Tak boleh masuk Pasar Borong KL, warga asing buka bisnes tepi jalan





Biasanya aku tunjuk hanya gambar warga asing seperti bangla yang meniaga diluar pasar borong KL yang menyebabkan pendapatan peniaga tempatan dalam pasar borong terjejas..Kali ni aku share dekat korang video dia pulak.
Yang menariknya video ni dirakam 5 minit selepas Menteri Wilayah Persekutuan membuat lawatan menge.jut dikawasan tersebut..Iaitu di tempat dia memberi kenyataan media mengenai isu warga asing yang kini tidak boleh kerja dan meniaga dalam pasar borong KL..Lokasi di tol keluar pasar borong KL..
Isu pokok yang aku nak beritahu sekarang ni adalah memang benar kini dalam pasar borong KL warga asing tidak boleh bekerja dan meniaga tetapi mereka semua kini telah beralih melakukan urusniaga diluar komplek pasar borong.
Ada yang menjadikan rumah kediaman sekitar situ sebagai stor simpanan sayur. Lagi pun nak masuk dalam pasar borong KL banyak prosedur… kena beratur..ambik suhu bagai.. Jadi re.meh dan lambat.Dekat luar tak perlu ini semua.
Order barang…Nanti bangla hantar dekat lori atau van pelanggan. Dan kau terus bayar je. Mana yang tauke tauke bangla modal besar pulak mereka telah menyewa kedai-kedai di bangunan rumah kedai luar pasar borong KL.
Pelanggan terus berurus niaga dengan peniaga bangla ini di luar pasar borong KL sebab mudah dan harga lebih murah dari barang serta sayur sayuran yang dijual oleh orang tempatan di dalam lot niaga pasar borong KL..
Buat masa ini mereka seakan-akan kebal dan tidak takut dengan DBKL atau polis..
Depan mata aku imigrisen pernah tahan dan minta permit..Dan nyata mereka ada permit bekerja yang sah yang menyebabkan Imigresen tak boleh tangk4p. Masalahnya mereka tidak bekerja sebenarnya tapi mereka meniaga.
Harap KDN ambil juga t1ndakan Syarikat yang membuat permit kerja kononnya perlukan pekerja tetapi hakikatnya hanya mengambil untung secara mudah..
Jom tonton video…
Video Player
00:00
01:06
Umber; Rashirul