Cari Ini Orang!! Apek Tibai Rider Foodpanda Wanita, kini diburu

Baru-baru ini berlegar-legar di laman sosial media, mengenai video didakwa seorang lelaki telah mengasari penghantar makanan Foodpanda wanita.
Terdapat dua video yang tular, video pertama memaparkan rakaman CCTV, menunjukkan lelaki terbabit dilihat beberapa kali menendang rider wanita itu sehingga terjatuh.
Manakala, video kedua pula dirakam oleh saksi kejadian, memperlihatkan lelaki tersebut yang dipercayai berbangsa Cina, dikatakan cuba untuk melarikan diri selepas didapati memukul rider berkenaan.
Lokasi kejadian berlaku di sebuah restoran, dapat kita perhatikan di hujung video kedua itu, sekumpulan rider Foodpanda telah menunggu di luar.
Tindakan biadap lelaki itu juga telah mengundang amarah netizen, rata-rata menyelar perbuatannya yang mengasari rider wanita berkenaan.
Setakat ini, punca dia bertindak memukul rider wanita tersebut masih lagi belum dapat dikenal pasti. Bagaimana pun, difahamkan lelaki terbabit kini sedang diburu.